Assalamualaikum WRT .
Tuan - tuan dan puan -puan budiman sekelian .
Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana kita diberi peluang bertemu dan berkenalan dalam laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China , Melaka , Malaysia ( SMKLC ) .
Pertamanya saya ucapkan " Selamat Datang " dan "Terima Kasih " kerana sudi mengunjungi kami .
Untuk makluman semua , SMKLC mula ditubuhkan pada tahun 1973 dengan bilangan pelajar seramai 166 dan guru seramai empat orang . Itupun pada mulanya SMKLC menumpang di Sekolah Kebangsaan Teluk Berembang , Lubok China .
Kini ia merupakan satu institusi pendidikan yang besar dengan beberapa blok bangunan untuk pengajaran , sebuah dewan besar , bilangan pelajar yang melebihi 900 orang dan seramai 46 orang guru .
Perkembangan pesat dan membanggakan ini turut menyumbang ke arah menghasilkan prestasi pelajar , dalam bidang akademik dan bukan akademik yang cukup cemerlang dari masa ke semasa . Insya Allah , kami akan berusaha mengekalkan kecemerlangan ini dan jika boleh memperolehi prestasi " Beyond Excellence " dan ini boleh dicapai melalui usaha yang cekal dan gigih .
Diharapkan tuan - tuan dan puan -puan akan teruskan meneliti Laman Web kami dan bersamalah kita berdoa agar SMKLC akan terus menerus berjaya . SMKLC boleh !
Sekian , Terima Kasih .
 
HJ. AB. MALIK BIN HJ. AHMAD
Pengetua
Sek.Men.Keb.Lubok China,
Melaka.
21 September 1998.
 

 

Balik ke Index