KECEMERLANGAN MELALUI KO-KURIKULUM
**********************************************
Pengenalan
==========
Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China mewajibkan penglibatan dalam ko-kurikulum selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan kegiatan ko-kurikulum seharusnya dapat membantu meningkatkan kesan positif dalam pelajaran. Di samping menuju ke arah pembentukkan akhlak mulia, ko-kurikulum juga dapat menyediakan kemahiran - kemahiran asas kearah kecemerlangan diri.
Tiga komponen utama gerak kerja ko-kurikulum di sekolah ini meliputi :
      1. Sukan dan permainan
      2.  

      3. Persatuan akademik dan kelab
      4.  

      5. Pasukan unit beruniform
 Sekolah ini menunjukkan kemampuan yang membanggakan dalam beberapa aktiviti termasuklah Olahraga, Bola Jaring dan Badminton. Kejayaan ini juga diraih dalam beberapa pertandingan di peringkat daerah dan negeri. Antaranya Johan Pesta Pantun Daerah Alor Gajah, Tempat ketiga Pesta Pantun Negeri dan naib Johan Dikir Barat Negeri.
Pihak sekolah percaya dan berharap kejayaan -kejayaan ini merupakan tapak dan asas untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum. Adalah diharapkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan lebih aktif akan dapat menghasilkan kejayaan cemerlang di samping membantu menangani pelbagai masalah displin serta membentuk pelajar inovatif, kritis dan kreatif
 
OBJEKTIF
=========
 
  1. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta kemahiran dalan bidang ko-kurikulum
  2.  
  3. Memupuk minat dan kebolehan pelajar secara terancang, berhalatuju, sistematik bagi mengisi masa lapang di luar waktu persekolahan secara optimum dan berfaedah.
3. Membantu menbina menaikan imej sekolah, daerah , negeri dan kebangsaan.
 
STRATEGI
=========
 
PERLAKSANAAN
===============
 
 
Balik ke Index