PROJEK JUAK

 

Berikut adalah penjelasan tentang satu projek ke arah kecemerlangan pelajar yang dijalankan di Sek. Men.Keb. Lubok China, Melaka. Idea asalnya telah dicetuskan oleh Pengetua sekolah tersebut tetapi kemudiannya diperbaiki dan diadaptasikan dengan program 'Special Education' yang dijalankan di sekolah - sekolah di Ontario , Canada hasil dari lawatan beliau bersama beberapa orang pengetua sekolah menengah Malaysia ke Toronto , Ontario , Canada pada bulan Nov. / Dis. 1994.
 
Di peringkat daerah pula kerap juga terdapat kegiatan - kegiatan seperti demikian sama ada atas inisiatif PPD atau inisiatif beberapa buah sekolah yang mempunyai visi yang sama. Semuanya dengan tujuan yang sama iaitu untuk mencapai tahap yang sama 'EXCELLENCE BEYOND EXCELLENCE'
 
Selain dari itu, hasil dari lawatan pengetua ke beberapa buah sekolah menengah di Toronto Canada pada Nov. / Dis. 1994, maka tercetus pula idea untuk mempraktikkan program JUAK berbentuk serampang dua mata yang selaras dengan program 'Special Education' di sana. Program JUAK yang direncanakan dan yang dijalankan di SMKLC kini adalah dalam bentuk:
 
      1. Pendidikan untuk 'Gifted Students'
      2. Pendidikan untuk 'Slower Learners'
 
 
Oleh kerana pelajar yang betul - betul 'Gifted Students' dan 'Slower Learners' tidak kedapatan di sekolah ini, maka program ini ditumpukan kepada pelajar yang 'baik' dan yang 'lemah'. Di samping itu diperkenalkan dan dipraktikkan juga 'Buddy System' bagi memberi tumpuan dan bantuan kepada pelajar - pelajar yang 'Sederhana'
 
Bagi pelajar yang lemah, projek JUAK ini juga dijalankan bagi mereka kerana kemungkinan ada diantara mereka yang sebenarnya boleh didik tetapi selama ini mungkin telah terabai.
 
Dan projek JUAK ini dijalankan kerana pihak SMKLC merasakan ini merupakan salah satu cara menyahut cabaran - cabaran Wawasan Pendidikan bagi melahirkan pelajar - pelajar yang terdidik dan cemerlang.
 
Balik ke Index