COGAN KATA SEKOLAH
 
"ILMU PEDOMAN HIDUP’
 
Setiap insan yang hidup mestilah berilmu .Tanpa ilmu menjadikan kita
tiada pegangan dalam setiap perkara atau tindakan yang kita lakukan.Menurut
Kamus Dewan "Ilmu"merupakan pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi
Kehidupan duniawi dan akhirat.Sementara "Pedoman"memberi erti pegangan
Atau pimpinan. Hal ini bersesuaian dengan cogan kata SMKLC iaitu "Ilmu Pedoman
Hidup" yang membawa makna setiap pelajar itu mestilah menimba ilmu pengetahuan
yang boleh membimbing mereka dan dijadikan pegangan dalam menentukan corak
hidup yang diredhai Allah.
Keberkesanan cogan kata ini dapat dibuktikan bahawa sehingga kini pencapaian SMKLC
dalam bidang akademik dan ko-kurikulum boleh dibanggakan dan merupakanantara 10
sekolah luar bandar yang terbaik di negeri Melaka.
 
Pencapaian yang baik dalam Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia serta kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi dalam bidang sukan, persatuan atau permainan.
Menjadikan SMKLC lebih berkemampuan melahirkan para pelajar yang aktif dan produktif bagi mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
Dalam era ledakan maklumat ini, masyarakat begitu prihatin terhadap ilmu pengetahuan kerana insan yang berilmu merupakan seorang yang optimis, progresif dan dinamik serta boleh berdikari dalam menghadapi apa sahaja yang menjadi rintangan atau halangan.
 
Balik ke Index